Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur ini telah dibina di atas kawasan perkuburan Melayu yang pertama.
Batu Asas Masjid ini telah diletakkan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Sulaiman Shah C.M.J pada 23hb Mac 1990. Pembinaannya mengambil masa lebih kurang sembilan bulan dengan harga $32,615 dimana kerajaan telah menyumbang $20,000.00 dan bakinya $12,000.00 kutipan daripada para jemaah dan telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor. Arkitek yang bertanggungjawab ialah Encik A.B.Hubbock daripada Jabatan Kerjaraya yang juga telah menyediakan rekabentuk stesen Kereta Api Kuala Lumpur yang diilhamkan di Utara India.
MJBKL 2010
No comments:
Post a Comment