Bertempat di perkarangan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur, telah diadakan program pemberian makanan kepada yang kurang bernasib baik. Program ini dianjurkan oleh Jawi bersama badan NGO. Program ini menyasarkan golongan yang tidak bernasib baik. Ini adalah yang seumpamanya diadakan di Masjid Jamek Bandaraya. Sebanyak 200 bungkus nasi telah diedarkan serta diberi kepada pihak sasaran.
Monday, July 5, 2010
Wednesday, March 31, 2010
Forum Perdana Ehwal Islam
Forum Perdana Ehwal Islam "Muhammad Rasulullah"
Pada 31 Mac 2010 Masjid Jamek Bandaraya tenah mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam yang membawa tajuk "Muhammad Rasulullah".
Forum ini telah dimoderatorkan oleh Drs Ahmad Termizi Abd Razak bersama dua orang ahli panel terkenal dan juga penyampai ceramah/tazkirah zohor di Masjid jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Panel pertama ialah Ust Daud Che Ngah , dan kedua Ust Ahmad Faisal.
Forum ini telah dihadiri lebih kurang 50 orang hadirin yang setia menanti sehingga keahkir program.
Moderator bersama barisan panel
Hadirin yang mendengar sessi forum
Ust Daud Che Ngah memberi ulasan
Sidang jemaah
MJBKL 2010
Pengenalan : Sejarah Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur
Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur ini telah dibina di atas kawasan perkuburan Melayu yang pertama.
Batu Asas Masjid ini telah diletakkan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Sulaiman Shah C.M.J pada 23hb Mac 1990. Pembinaannya mengambil masa lebih kurang sembilan bulan dengan harga $32,615 dimana kerajaan telah menyumbang $20,000.00 dan bakinya $12,000.00 kutipan daripada para jemaah dan telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor. Arkitek yang bertanggungjawab ialah Encik A.B.Hubbock daripada Jabatan Kerjaraya yang juga telah menyediakan rekabentuk stesen Kereta Api Kuala Lumpur yang diilhamkan di Utara India.
MJBKL 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)